BOLKIAH GARRISON, Friday, 28 February 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Women's Netball Championship 2024/2025 was successfully concluded after two days of intense competition, with the Combined Team (JFHQ, MINDEF, TI RBAF, DA RBAF) emerged the overall champions.
Marking the grand finale of the championship, the Head of Inspectorate RBAF, Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, graced the event as the Guest of Honour and presided over the medals and trophies presentation, honouring the outstanding performances of the winning teams.
Individual achievements were also recognized, with 21894 Laskar Muda Noorsuriani binti Rusman from RBN was given the 'Best Player' award, while 21987 LKpl Nur Adh Elzza from the Combined Team secured the 'Top Scorer' award.
The RBAF Women's Netball Championship remains an important platform to strengthen camaraderie, enhance physical fitness, and reinforce teamwork among female personnel, fostering unity and resilience within the armed forces.




PASUKAN GABUNGAN DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA ABDB 2024/2025
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 28 Februari 2025 – Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Tahun 2024/2025 telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan Pasukan Gabungan (MAB, KEMENTAH, IL ABDB, AP ABDB) dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Memeriahkan acara kemuncak kejohanan, Ketua Unit Inspektorat ABDB, Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, berkenan menghadiri acara selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan penyampaian pingat serta trofi kepada pasukan yang berjaya. Anugerah individu turut diberikan bagi menghargai prestasi cemerlang pemain. 21894 Laskar Muda Noorsuriani binti Rusman dari TLDB telah dianugerahkan sebagai 'Pemain Terbaik', manakala 21987 LKpl Nur Adh Elzza dari Pasukan Gabungan meraih anugerah 'Penjaring Terbanyak'.
Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita ABDB terus menjadi platform penting bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim, meningkatkan kecergasan fizikal, dan memperkuat semangat berpasukan dalam kalangan anggota wanita ABDB, sekaligus menyemarakkan nilai perpaduan dan ketahanan dalam ketenteraan.